Sejarah PSS

PSS berfungsi sebagai suatu pusat pengumpulan, penyebaran dan penghasilan bahan sumber maklumat. PSS mempunyai koleksi bahan-bahan Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang bersesuaian dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Koleksi bahan ini adalah dalam bentuk buku fiksyen, buku bukan fiksyen, buku rujukan, buku rujukan bertanda merah dan bahan bukan buku seperti carta, model, peralatan dan perisian. Bahan-bahan P & P ini dapat membekalkan maklumat, program dan khidmat yang membantu dan bermanfaat kepada pengguna Pusat Sumber ini.
PSS bertujuan untuk memperbaiki kualiti pendidikan dan membentuk masyarakat berpengetahuan. SJKC Kg Baru Kepis mempunyai Bilik Perpustakaan, Bilik Alat Pandang Dengar (APD) / Media, Bilik Bahan Bantu Mengajar (BBM), Stor Am, dan Bilik Kerja Pustakawan.
Perpustakaan mula beroperasi dengan menawarkan perkhidmatan peminjaman buku kepada warga sekolah di samping penggunaan suratkhabar dan majalah bagi tujuan pembacaan di dalam Perpustakaan. Penggunaan bilik Perpustakaan untuk tujuan P&P juga diadakan untuk kegunaan kelas secara berkelompok. PSS sekolah sentiasa berusaha untuk menambahkan sumber maklumat sama ada bahan rujukan buku atau bukan buku, BBM, dan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang sesuai untuk kegunaan semua warga sekolah. Bilik Media pula kini telah dilengkapkan dengan pelbagai ABM untuk sesi P&P seperti TV, pemain VD, radio, papan putih.
Harapan murni PSS adalah untuk menjadikan Pusat Sumber ini sebagai pusat rujukan yang lengkap, memuaskan dan dapat memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan membantu dalam proses P&P di sekolah yang seterusnya dapat merealisasikan misi dan visi SJKC Kg Baru Kepis
No posts.
No posts.